Borang Daftar Permohonan Program Skim MyHome Rumah Mampu Milik 2014

Borang Daftar Permohonan Program Skim MyHome Rumah Mampu Milik 2014

Borang Daftar Permohonan Program Skim MyHome Rumah Mampu Milik 2014

Kerajaan menawarkan subsidi maksima RM30,000 bagi pembeli rumah kos rendah atau rumah mampu milik kepada individu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program MyHome Rumah Mampu Milik yang akan dilancarkan pada 1 April 2014 ini.

Program MyHome Rumah Mampu Milik 2014 ini mensasarkan pembinaan sebanyak 10,000 unit rumah bagi tahun 2014. Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program MyHome tersebut namum pemohon program MyHome perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Antara Syarat Kelayakan Program MyHome Rumah Mampu Milik adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
  • Dilarang menjual rumah dalam masa 10 tahun
  • Subsidi Program MyHome Rumah Mampu Milik akan dibayar terus ke akaun pemaju

Subsidi maksima RM30,000 pula bergantung kepada kos pembinaan rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri dan kerajaan akan membayar subsidi itu terus kepada akaun pemaju.

Fakta Bantuan Skim atau Program MyHome Rumah Mampu Milik 2014:

  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome
  • Maksium Bantuan RUmah RM30,000
  • Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah untuk tahun 2014

Maklumat Borang Daftar Permohonan Program Skim MyHome Rumah Mampu Milik 2014

Dimaklumkan bahawa Skim MyHome telah mula dibuka untuk pendaftaran mulai 1 April 2014.

2. Permohonan boleh dibuat melalui 3 cara seperti berikut :

i. Permohonan melalui laman web KPKT www.kpkt.gov.my atau Permohonan melalui laman web JPN http://ehome.kpkt.gov.my
ii. Muat turun melalui laman web KPKT dan JPN
iii. Borang permohonan didapati daripada Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausahan Kerajaan Negeri

3. Sehubungan itu, dikemukakan bersama-sama ini Borang Permohonan Pembeli Skim MyHome dan Borang Permohonan Projek Skim MyHome. Pihak JPN, KPKT memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk mengedarkan borang permohonan tersebut kepada bakal-bakal pembeli yang ingin mendapatkan borang melalui Bahagian Perumahan, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Muat Turun Borang MyHome 2014 (Pembeli)

Muat Turun Borang MyHome 2014 (Pemaju)

Pendaftaran Dalam Talian MyHome 2014

Incoming search terms:

  • rumah mampu milik
  • rumah mampu milik johor
  • borang permohonan rumah mampu milik
  • rumah mampu milik johor 2014
  • rumah mampu milik kedah
  • skim myhome
  • borang rumah mampu milik johor
  • borang rumah mampu milik
  • permohonan rumah mampu milik johor
  • permohonan rumah mampu milik terengganu

Comments

comments

Latest Comments
  1. Magdelyn Wee
  2. muhd khairul azharruddin bin abd aziz
  3. Julia Hashim
  4. SUE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor